OhBayu adalah blog hiburan, isu semasa, isu hangat dan info semasa

(GAMBAR) Rozita Che Wan Jual Bulu Mata Palsu

Berita kurang baik kepada peminat hiburan yang minat akan bakat lakonan hebat Roziat Che Wan di’kaca televisyen, beliau mahu bersara.

Rozita Che Wan mengesahkan pengumuman ini yang tiada kaitan dengan beliau sudah bertemu jodoh atau kaitan dengan mana-mana VIP yang pernah di’gossipkan.

Persaraan Rozita Che Wan di’katakan 100% atas dasar mahu berhenti dari dunia hiburan yang penuh gossip & pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.

“Saya akan mengeluarkan produk bulu mata palsu dengan jenama menggunakan nama saya.”

“Saya optimis perniagaan ini mampu berkembang,” kata Rozita Che Wan kepada wartawan.

Nampaknya pandai Rozita Che Wan mencari sumber rezeki lain selain bidang lakonan di Malaysia yang sememangnya tidak akan ke’mana-mana.

Dengar kata selepas berjaya memiliki BMW 3 Series, sasaran Rozita Che Wan selepas ini sebuah kereta lebih mewah, Porsche Cayenne. [ sumber - rotikaya ]

Cara melindungi ATM CARD anda

Pernahkah ATM CARD anda dirompak atau dicuri, jika ya, kami terbaca info ini di forum tanyasifu.com. Nombor pin ATM yg diterbalikkan – Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain.

Semoga dengan maklumat ini dapat mengurangkan jenayah kat malaysia.

(TAHNIAH) Gambar Umie Aida Selamat Bernikah Di Mekah

Akhirnya Datuk K atau nama sebernarnya (Datuk Paduka Khairuddin) telah selamat berkahwin dengan Umie Aida di tanah suci. Kami ucapkan tahniah kepada Umie Aida kerana telah selamat diijabkabulkan dengan Abang K nye. Alhamdulillah kedua-duanya telah bergelar suami isteri.

Selamat pengantin baru.. Semoga Umie Aida dan Datuk K bahagia hingga anak cucu.

(GEMPAQ) Azean Irdawaty Tak Percaya Benji Mengedar Dadah

benjy anak azean irdawaty

Benjy Benjamin atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin, mungkinkah dia terlibat dalam pengedaran dadah yang bernilai RM 650,000. Kini dia ditahan reman selama 7 hari untuk membantu siasatan.

Benjy ditahan di kondominium mewahnya di Segambut. Beliau ditahan bersama teman wanitanya yang berusia 24 tahun yang belum dikenal pasti identitinya.

Menurut ibunya iaitu pelakon veteran terkenal Azean Irdawaty beliau tidak mempercayai bahawa anaknya terlibat dalam pengedaran terebut.

Masalahnya, Benjy selalu pokai dan kerap minta tolong dengan saya walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar. Macam mana surat khabar kata dia boleh jual sampai beratus-ratus ribu. Kereta pun dia tak ada. Lagipun Kak Yan Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam.

Jika sabit kesalahan, Benji mungkin akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Kak yan juga mempersoalkan penglibatan anaknya dalam pengedaran dadah ini kerana sifat fizikal Benji tidak menunjukkan beliau seorang penagih atau pengedar dadah.

Selepas ditangkap, Benjy disahkan positif methamphetamine selepas melakukan ujian air kencing. Sukar nak percaya ada artis kita yang terlibat dengan penggunaan dan pengedaran dadah. Tapi harap semua bersabar ye sebab Benjy belum lagi disahkan bersalah marilah sama-sama kita doakan agar Benjy betul-betul tak ada kaitan dengan hal nie.

(TERKINI) Anak Eja Didera Pembantu Rumah Indo

Siti Shahrizah Saifuddin 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.

Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.

Kesian betul kami dengan baby Eja, kecik-kecik dah kena dera.. hu hu. Jahat betol minah indon ni, dah la orang kasi keje.. anak majikan dia pun nak dera ke? Ape ke hel ni…