
Isu pergaduhan ini bukan setakat pergaduhan mulut tetapi melibatkan pukul memukul. Isu ini mula hangat apabila pada awal bulan 12 yang lalu Remy Ishak dipukul sekumpulan lelaki seramai 7 orang ketika ingin menuju ke bilik persalinannya di dalam Istana Budaya (IB) sebaik pementasan teater Natrah dan sesi beramah-mesra dengan penonton berakhir.
Peminat semakin tertanya kenapa Remy Ishak dipukul oleh sekumpulan lelaki tersebut sehinggalah pembantu rumah Ummi Nazeera sendiri membuat kenyataan yang melihat Remy Ishak memukul Ummi Nazeera.
“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),”
“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka.
“Saya hanya menurut perintah dan membantu cik muda yang mengadu kesakitan akibat bengkak di muka kiri dengan luka dan lebam sekitar matanya,”
“Selepas cik muda turun, tuan muda suruh saya meninjau keadaan cik muda, tapi dia minta saya duduk di tepi memerhatikan dari tangga,”
-hmetro-
Namun, Remy tidak mahu menceritakan hal sebenar kenapa dia memukul Ummi Nazeera dan tidak kisah dengan tanggapan peminat mengenai dirinya.
“Saya sudah ‘letih’ dengan hal ini. Terlalu lama saya bertahan dan saya sudah malas melihat ‘drama’ ini lagi,”
“Saya benar-benar sudah ‘letih’. Saya hanya kesiankan keluarga di kampung. Mereka amat terkejut dengan semua ini, tetapi alhamdulillah, mereka masih percayakan saya kerana mereka tahu siapa diri saya yang sebenarnya.
“Tidak perlulah saya nak beritahu orang tentang diri saya…betapa baiknya saya, atau apa saja. Biarlah apa tanggapan orang terhadap saya selepas ini. Masing-masing boleh menilai.
“Cuma saya hairan, mengapa Ummi sendiri tidak tampil dan terangkan hal yang sebenar. Sedangkan sehingga saat ini, dia masih menghubungi dan menghantar SMS berkali-kali memberitahu saya bahawa saya sebenarnya tidak bersalah. Tetapi saya sudah malas untuk ‘layan’ lagi.
“Biarlah…cukuplah benda-benda ini saya lalui. Saya hanya perlu kuatkan semangat saja ketika ini dan meneruskan kerja seperti biasa ,”
-mstar-












sya x minat remy ishak ni, xlah hensem pon…
sorry ye…
hahaa… remy x handsome ?? aiyoo… test u macam mane ?? bahahaha…
huhh.., i rase yg remy and ummi x salah pon.., coz family ummi yg xnak ummi couple ngn remy, coz family ummi standard lorhh.. !! maybe dorang rase remy x setaraf dorang.. but i rase yg ummi still g syg kat remy. kesian jew..
dlm hal ni dua2 pn salah…
rse2 saje kot nak jd cam chris briwn n rihanna…
tapi aq memang x bpe ske ni dgn ummi..
mcm kureng ckit la dy ni…
remy ishak leh than macho lahh ! ;p ,
emm , remy ssuai ngan tiz !