OhBayu adalah blog hiburan, isu semasa, isu hangat dan info semasa

(OhBulan) Kisah Di Sebalik Serbuan Awal & Scha Di Kelab Malam

Tidak silap sangkaan kami, akhir’nya Awal Ashaari & Scha Al-Yahya mengaku ditahan dalam serbuan kelmarin yang dijalankan di kawasan Bukit Bintang. Semua’nya bermula daripada jemputan Scha berkenaan majlis hari jadi kawan’nya sehingga kisah Awal enggan jalani ujian air kencing, dan sidang akhbar yang di’jalankan malam tadi menjelaskan dari A – Z tentang apa yang berlaku pada malam tersebut. petikan dari ohbulan

Penjelasan Awal Ashaari

Terima kasih akhbar Mstar. Ketika sidang akhbar berlangsung, Awal menafikan keengganan beliau untuk menjalani ujian air kencing. Kata’nya, serbuan tersebut membuatkan beliau tertekan sehingga tidak mampu memberi sampel air kencing. Walaupun mencuba beberapa kali, namun Awal gagal untuk memberikan air kencing dan akhir’nya beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Apabila dibawa ke balai, Awal telah diberikan 3 botol air dan akhirnya berjaya memberikan sampel air kencing. Berita baik’nya, ujian air kencing Awal adalah negatif.

Awal bagaimanapun memuji layanan baik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah meminta maaf kepada saya kerana terpaksa membawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Dia membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana ramai media yang menunggu di luar. Selepas itu, saya berbincang dengannya selama tiga jam dalam bilik itu,” kata Awal dengan jujur.

Awal meminta semua orang tidak salah anggap kerana diri’nya bersih daripada pengaruh alkohol dan dadah. Beliau juga sedang mencuba mendapatkan surat daripada pihak polis demi membersihkan nama’nya.

Penjelasan Scha Al-Yahya

Silap percaturan, itu yang dijelaskan oleh Scha apabila diasak dengan soalan daripada pihak media berkenaan penahanan mereka dalam serbuan di Rootz Club, Bukit Bintang. Menurut Scha, pada awal’nya mereka merancang untuk menyambut majlis hari jadi kawan’nya di Teeq, namun kerana lambat sampai, Teeq telah pun ditutup lantas mereka bertukar tempat di Rootz Club. Scha dikatakan baru sahaja menjalani rakaman Awan Dania yang berakhir pukul 1.30 pagi.

Tambah Scha lagi, beliau tidak mengetahui tentang situasi yang berlaku (Rootz Club beroperasi tanpa lesen selama 6 bulan) dan menurut sahaja prosedur pihak polis untuk menjalani ujian air kencing.

“Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” tegasnya lagi.

Penjelasan Pengurus Awal Ashaari – Azlina Merican

Sebelum ini, Azlina Merican menafikan sekeras-keras’nya pembabitan Awal Ashaari dalam penahanan di Rootz Club. Bagaimanapun, semalam Azlina telah memohon maaf kepada mStar Online atas kesilapannya yang menafikan perkara itu.

“Saya minta maaf sebab saya salah faham. Saya sebenarnya mahu menafikan Awal disabit positif dadah,” jelas Azlina Merican kepada pihak media.

Mengapa kisah penahanan Awal & Scha mendapat perhatian umum? Ikuti kronologi ini.

Sejak kebelakangan ini, kisah Awal & Scha mendapat perhatian umum apabila gossip percintaan mereka mula tersebar, kemudian ditambah lagi dengan penentangan Awal & Scha yang berang dengan kenyataan Fahrin dalam akhbar. Itu tidak apa lagi, Awal kemudian’nya menyelar penulis-penulis blog seperti OHBULAN! sebagai ‘moron’, dan walaupun Scha memang marah dengan blogger, tetapi ayat’nya lebih sopan. Kami tidak kisah sangat.

Dan yang paling menarik, kami team OHBULAN! kantoi’kan Awal & Scha yang begitu mesra lagak bak kekasih cinta pandang pertama di’ Hartamas Square baru -baru ini.

Pesanan kami buat Awal & Scha, kami tiada niat untuk memusuhi Awal (berang sedikit tempoh hari, tapi dah ok!) malah jauh sekali untuk menjatuhkan kareer anda. Namun, pada masa hadapan diharapkan anda dapat menghormati blogger-blogger seperti kami yang selama ini membantu dalam mempopularkan diri anda.

Lain kali, Awal & Scha sambut hari jadi di’ Hartamas Square. Boleh kita layan shisha sama-sama, tak gitu?

Sumber artikel & gambar : MstarAwal Tertekan Hingga Tak Mampu Beri Sampel Air Kencing (Terima kasih!)

Berminat baca nie pulak : -

5 Responses to “(OhBulan) Kisah Di Sebalik Serbuan Awal & Scha Di Kelab Malam”

  1. DEARzaty says:

    wahhh… mcm2 lorhh.. !!
    ehh.., scha ckp yg dye x sehat and baru lepas ambek antibiotik.. but cam new boleh g kat club 2 lak ?? humm.. patut jew if org yg x sehat, akan rest kat umah jew..
    coz maybe badan akan rase lemah. erghh… cam x logik jew larhh.. :) sorry.

  2. wany says:

    dah resultnye negatif, nk sangsi ape lg kn? awat hang make up tebal gila scha oiii! cam tepung gomak

  3. Wati says:

    Erk?apa maksud Scha ‘Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” agaknye selama ni dia ada minum minuman keras ke?
    Pd pendapat saya,walaupun dibebaskan krna berseh tapi ia telah memburukkan nama mrka kerana mengunjungi tempat2 seperti itu.ingatlah!!awak tu public figure.apa2yg anda buat diperhatikan org sekeliling.

Leave a Reply