OhBayu adalah blog hiburan, isu semasa, isu hangat dan info semasa

(PANAS) Luahan Cinta Fasha Sandha yg Eksklusif dan Terkini

Kami terima luahan hati Fasha Sandha di blog Myspace-nya. Lihat MySpace Fasha Sandha.

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya, masih ambil tahu tentang perkembangan saya, masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya, tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……

Saya sudah selesai shooting filem ‘4 Madu’ arahan Prof Razak, drama ‘Lakar’ arahan Aziz M Osman dan drama ‘Madu Di Tasik Hempedu’ arahan Murali. Drama bersiri ‘Cuci-cuci The Series’ akan ditayangkan di RTM tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib Jewel. 25hb August saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk TV3 yang bertajuk ‘Akulah Perempuan Itu’ arahanFairuz Loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘Langkawi Kamikaze’. Alhamdulillah, masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam-macam cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru-baru ni…..

Saya dapat macam-macam pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan Rizal Ashram (Jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara Qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni, biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya, ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!

Untuk baca lagi Luahan Cinta Fasha Sandha yg Eksklusif dan Terkini

JEJAI

Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar-gambar saya bersama Jejai di internet kebelakangan ini. Saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya, memang saya pernah berkawan rapat dengan Rizal Ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish…..

Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu…

Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora. Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama…..

Saya faham, sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan Jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan Jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, Jejai menghubungi saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga Jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya.

Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan Jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelaki yang baik, selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai orang berprasangka yang tidak elok tentang dirinya,saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba untuk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. Saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan.

Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan, sering dihina dan sering difitnah. Macam-macam fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman-teman rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan Jejai. Mereka adalah saksi saya…..

Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini, tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End

QABIL AMBAK

Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut. Ketika pertama kali pertemuan kami, Jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu Maria Farida. Selepas majlis tersebut, kami menjadi kawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke-3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam-macam topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan.

KAHWIN

Ini adalah pengakuan saya yang ikhlas. Sepanjang hidup saya, sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.

Lamaran ke-2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal)

Lamaran ke-3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan Jejai.

Lamaran yang ke-4 pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab-sebab tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang, saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan.

CINTA

Cinta saya adalah pada kerjaya saya.

Keluarga saya iaitu mama, daddy, Farra Sandha, Fasyina Sandha, Daniel, Elisya sandha, Mahsuri, Dani Raiyan, Amirul.

Pengurus saya, Nik Yasmin dan P.A saya iaitu Jane Thomas.

Sahabat karib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu Nana, kakak angkat saya, Maria Farida. Adik angkat saya iaitu Natasha dan Jimbit, juga kawan baik saya Saerah dan Hafiz…..

Tak lupa,

Cinta saya pada teman-teman saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. ….

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu-jemu menghentam saya. Menabur fitnah (Wah,wah, cakap kami pula, ada bukti kot beb!) . Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk), ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai…..

Thanks again,

Nur Fasha Sandha.

Olahan gambar2 oleh saudara : ohbulan

Berminat baca nie pulak : -

532 Responses to “(PANAS) Luahan Cinta Fasha Sandha yg Eksklusif dan Terkini”

  1. Ala-Hai says:

    wah….4 kali lamaran

  2. Ala-Hai says:

    ally iskandar lamaran pertama…

  3. Ala-Hai says:

    minah ni dah macam dalam telenovela la pulak

  4. wikwikii says:

    i love u fasha yng hampeh..

  5. wikwikii says:

    skali baca mcm kesian ngan fasha..

  6. wikwikii says:

    sape yea vvip tu..brunei yea..
    sape hek??

  7. Sharizan Zakaria says:

    tapi kan, tak tahulah kenapa yang aku rasa minah ni poyo semacam bila dia buat luahan cinta dia tu.

  8. Sharizan Zakaria says:

    tapi yang pastinya, kita tak tahu siapa jejaka yang melamar fasha kali ke 4 tu.

  9. Sharizan Zakaria says:

    agak2 korang, boleh ke fasha ni setia?

  10. wikwikii says:

    kat ms die adalah luahan die personal..

  11. wikwikii says:

    bile skali imbas baca statement dia kat ms tu..kalau skali imbas memang leh cair@kesian..

  12. wikwikii says:

    pada aku…fasha stil memainkan peranan die dan antara sbb2 keruntuhan rumah tngga nora dan jejai tuh..

  13. wikwikii says:

    kalau tak dilayan mana mungkin jejai terhegeh2 nak ngan die??

  14. wikwikii says:

    tp bagus jugak die taknak ngan jejai..hihi

  15. wikwikii says:

    jejai dah kahwin dngan nora nape stil nak si fasha??
    konfius..?
    men bastad ape?

  16. wikwikii says:

    nora danish da cukup comel kot..
    die nak yng mcmmane yea??boleh saya tahu..hehe..sibuk jea aku ni

  17. wikwikii says:

    apa pendapat brother oh bayu yea tntang fasha ni??
    bile aku baca ms si fasha ni,kesian pn ada..
    tp masakan dahan bergoyang kalau tak kerana angin

  18. wikwikii says:

    fasha berlakon agak memuaskan..
    tang suara tuh..biasalah,tak semua sempurna..
    tp ada cerita die yng redundent lah..

  19. wikwikii says:

    seksi siot pic die ngan awie masa joget2..
    citer ape ntah pn aku da lupa

  20. wikwikii says:

    doakanlah die yng terbaik..

  21. butterflyz says:

    Blah la fasha sandha!!!
    Persetankan dgn luahan ko tu..

  22. kangkung belachan says:

    sian siot aku baca kisah dia…ye la…sapa yg xnak buat yg t’baik…korang yg kutuk tu pon…jgn la kutuk truk sgt….cermin diri sama…biarlah dia…aku pon x la minat dia sgt…tp jgn la smpai mengaibkan org….tp aku rs cam tau je yg lamar dia tu……n orgnya pon sgt sweet n baik….:) smoga b’kekalan….

  23. JLO says:

    Ape yg Fasha cite kt MS tu semata2 nak mntk simpati org lain.. Konon2 dia xn salah la.. Pada aku dia totap salah!!!!

  24. wikwikii says:

    pada aku lah kan..at least die menjawab juga kat ms die tu,persolan tntang pic die dan jejai..dan tak melenting maki2 orng yng hamun die..
    itu adalah baik..
    tp itulah..
    if betol2 jahat,msti die terus kahwinkan dngan jejai??
    itu persoalannya di sini..dan dia kata tidak..
    hermmm..kita saksikan jea yea kisah seterusnya..
    layanssss..

  25. wikwikii says:

    wahh h bro ohbayu da letak banner mc d kat atas arrr..
    wah makin mantap nih..

  26. joreng says:

    pertama skali aku nak kate..ya allah seksi betul sari dia dengan awei tu..sari oren tu..seksi betul!

  27. joreng says:

    naik kan lah sikit fasha oi..menyesal aku bukak ohbayu..bulan pose ni..astargfirullah..

  28. joreng says:

    ko tu malay..duk kat malaysia..bukan hindustan yang duk kat mumbai..pakai sari berpade lah seksi nye..

  29. joreng says:

    even aku rase artis mumbai pun pakai sari x sampai nak keluar benda yang x patut..ish2..maaf lah bahsa aku ni..tapi itu lebih ikhlas..

  30. joreng says:

    itu lah aku nak kata kat dia ni..bukan sekadar gedik..malah seksi..ish2..

  31. joreng says:

    cerita kontroversi dia x yah cerite lah..mmg banyak kaut untung la kan..dah la cerite murah..ceh..

  32. joreng says:

    cerite pasal nora danish tu..ewah..x pasal2 dia dapt title perampas..(mmg pun)

  33. joreng says:

    tapi ini luahan ikhlas ke tidak ni..mmg 100% betul ke ape dia kate??ewaahhh..kecoh gile cerite sampai 4 org lamar..

  34. joreng says:

    even gatal2 gedik2 pun ade org nak bela yek??mmg risk-taker la org tu..

    • shah_rul says:

      tahu xpe.. ape lagi la layan minah camni.. huhu.. bley blah la.. huuhhu.. xtkot rugi ke?

      • wikwikii says:

        itulah fasha ni..gedik plak..
        tp aku ingin gak jumpa personel..
        aku bukan penyokong
        bukan juga pembngkang
        fasha sndha..aku cume nk tahu kebenaran

  35. joreng says:

    tapi kalu dia ni..kena ambil stok2 ustaz la kot..supaya dapat bimbing dia ke jalan yg lurus..

  36. joreng says:

    kalu carik yang 2 kali 5 ..haih susah le jawabnye..

  37. joreng says:

    tapi kite bukan tuhan idak??kite bukan pengatur atau penghakim hidup org..

  38. joreng says:

    x leh gak pandang luar dia terus kate dia teruk..masuk neraka..

  39. joreng says:

    oleh tu, aku doa lah ko mga aku , kau nak sekalian hamba dapat hidayah dan petunjuk dari NYa..

  40. joreng says:

    aku harap lah fasha punye hasrat nak khawin tu jadik lah yea..

  41. joreng says:

    jangan lah statement kau ni sekadar nak kasik mulut org lain diam..

  42. joreng says:

    bersihkan lah mane yang perlu dibesihkan..

  43. joreng says:

    pulihkan lah mane yang patut dipuluhkan..

  44. joreng says:

    kekalkan mane yang dah baik ( byk ke yg baik)..??

  45. joreng says:

    tapi serius la gua caka sama lu..lu mmg gedik..itu lah lu punye anugarah takat ni..so itu lah lu kena ubah skang

  46. joreng says:

    lakonan kau..ok..lah..tapi hurm x sesuai adek aku nak tgk kadang2 tu..

  47. joreng says:

    ko kena pk gak..cerita kau sesuai x org tgk..espcilly org malaysia yg mengamalkan care hidup mlaysia la kan..

  48. joreng says:

    ni kalu pakai baju pun dah nampak SEGALA2nya…baik x payah pakai baju..

  49. joreng says:

    malu la fasha oi..ko kate mama ko macam nyawa kan??si jgn la buat benda yg memalukan..

  50. wikwikii says:

    tp nak buat mcmmane..orng da label kaw yng tak baik wahai fasha..rumah tngga orng tuh

  51. wikwikii says:

    mungkin pada aku juga,jejai pun ada silapnya..

  52. wikwikii says:

    dah tau ada bini napelah kejar si fasha..nora tuh…….pergh…

  53. wikwikii says:

    kalau aku dapat norra…seminggu rambut basah..bukan basah..siap rambah lagi rambut aku..simpan jea die dalam almari jgn kuar2..hahaha

  54. wikwikii says:

    fasha sandha..(saya bukan penyokong bukan juga penentang anda)
    ape yng dapat saya simpulkan knape orng membenci anda adalah:(sila lihat petak komen saya yng seterusnya)

  55. wikwikii says:

    1.Anda bersuara tersepit semasa berlakon
    adakah natural @ nak lawan suara nora?

  56. wikwikii says:

    2.Anda gedik..

  57. wikwikii says:

    3.Perampas@perosak rumah tngga

  58. wikwikii says:

    ahh sudahlah tu…knape saya buat bnyak kotak komen?sbb bro bayu dah ckp,sape komen pling bnyak die menang..saya terus trng ckp mane ada orng msuk pertndingan nak kalah

  59. wikwikii says:

    kebenaran itu kdngkalanya pahit..

  60. wikwikii says:

    kalau anda di pihak yng betul fasha..tampil beri keterangan yea fasha ku..
    keh3x…
    die memang chantek beb..

    • joreng says:

      cantek??pelik la kau..muke dia pelik ade la..yeah..buat keterangan nangis..pastu sure ade yang baling telur kat kau..yaks..

  61. wikwikii says:

    selamat bernikah yea…sapelah agaknya lelaki ke4 yea?hahah

  62. wikwikii says:

    cepat2 announce yea..

  63. Cewek seberang says:

    Sayang amat lg…Fasya. Napa Sih nolak Ally.
    Gantang ko orgnya!!!

  64. Cewek seberang says:

    tp kmu tetap cantik ko..kayak aku juga….hehe..

  65. joreng says:

    harap cewek seberang walau rupa macam fasha perangai jgn gedik macam dia..x cun

  66. smarter guy says:

    alahai minah sinting, lu da tak da idea nak fofularkan diri ker? dasar pompuan tak betul… lelaki yg berkaitan ada betul ker korang ni mcm tue? bro Ally apa komen?????

  67. lora says:

    memang dah dilahirkan perasan, nak buat caner. susah gak gegirl ni kan? muka cantik tapi perasan, cube cantik tapi kool jek, tak boleh ke? ye lahh die la yang baek, yang jadi rebutan jejaka malaya, haha.

    buat statement macam ni, lagik la orang menyampah. aiyoo. kecian loooo.

  68. hamba Allah says:

    yg penting aq mmg tak suke dgn dy,…gedik semedang(sentiasa),..yg mnat dy msti r llki,tp dy bkn taste aq,…ape bde r,tunjok ko pye ktiak,dada,lurah,….igt cantek cgt k????,…aq rse babun lg sopan,…tak yah r nak tunjuk bde yg tak sepatutnyer d’tunjuk tu kt org lain,…alamt suami dpt bde basi r,…hahaha,….aq tak tau r,…artis islam skang nie srupa cm artis barat,….kdang2 artis kat sne pye pkaian lg sopan dr artis melyu kat cnie,….igt fasha woi,…org minat bkn sbb lkonan tau,…tp sbb body,..solat lah,…renung2kan,…salam,,….chow!!!!!!!

  69. watluu says:

    salam….sya hrap fasha insaflh…
    jgn laa kte nie kaum hawa tunjukkan body kte k…hrap brubah..

  70. Rien says:

    Jagalah maruah diri….jgn sampai satu hari nanti x ada orang yang nak buat Fasha isteri…….tak pasal jadi pompuan jalang mcm cerekarama mlm ni…..

  71. safiyah says:

    salam,
    fasha..apa yang terjadi setiap satunya ada hikmahnya.yang penting kene selalu bersabar. saya tak tahu apakah anda dipihak yang benar ataupun sebaliknya,namun yang pasti selepas saya membaca blog anda persepsi saya tentang diri anda berubah sama sekali.jauh disudut hati saya kuat berkata anda mungkin mangsa kontroversi dan bagi saya apa pun yang terjadi itu adalah hak peribadi anda.apapun keputusan anda siapapun yang anda pilih itu adalah hak mutlak anda sebagai manusia.jangan membiarkan orang lain mempengaruhi keputusan hidup anda.dalam seribu yang membenci pasti ada sejuta yang sedang mengasihi anda. selamat maju jaya, semoga tabah menjalani hidup sebagai anak seni.

  72. izad sandha says:

    aku di lamar 6 kali x kecoh pun… kui kui…

  73. izad sandha says:

    klw tertekan, tunaikan solat… baca qur’an… fahamkan isi kandungan al qur’an.. yang ko gi kluar dgn bekas suami org tu wat pe ? pegi party sana sini, pakai x tutup aurat, macamana la org tak hantam lu fasha…? lu pikiaq la … otak tara kaa?? wak luuu… la fasha ni…

  74. munirah says:

    ooo..so,pape pown hope fasha sabar n tabah dgn tomahan org..2 je..n pandai bw diri

  75. i.. says:

    btoi kot ckp fasha…..org tak tau pe maslah nora dan jejai..kebetulan di abaik ngan jejai…org sangka dia penyebab..tak bek tau..tuduh2..

  76. umaira says:

    ek eleh fasha tu mcm mangkuk tandas…beci tol tgk minah giler glamer ni.

  77. ariey says:

    i love you fasha sandha…!fasha sandha plkn yg serba boleh..!

  78. nialenglui says:

    fasha best=]
    huuuuuuuuu

  79. acu87... says:

    sowila fasha wlaupn org ckp ko cun, tpi ak tetap minat giler kt nora danish……………
    aku doakan die jpa laki yg sesuai ngan die………….
    xpyh la ngn bekas laki die, xreti nk bersyukur lgsung………..

Leave a Reply