OhBayu adalah blog hiburan, isu semasa, isu hangat dan info semasa

(HANGAT) Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir

Saturday, August 15th, 2009

PP-1

Tentu korang semua lengoh2 bergosip, jadi kami bawa korang semua berpolitik seketika..ha ha, layanzzz !. Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas. Kerusi Permatang Pasir sebelum ini disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu akibat sakit jantung. Setelah itu pihak SPR telah menetapkan pergundian semula di DUN Permatang Pasir bagi mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.

Calon-calon yg akan bertanding DUN Permatang Pasir akan diwakili oleh Salleh Man 52, dari pas manakala calon BN diwakili oleh Rohaizat Othman 38. Bagi calon bebas belum dapat apa-apa info lagi setakat ini.

Kami harap kepada pengundi2 di Permatang Pasir dapat memilih orang yg betul2 boleh mentadbir negara, dari segi agama, politik, kejujuran, amanah, prihatin terhadap rakyat dan bertanggungjawab terhadap tugas yg diamanahkan kepada mereka. Jadi kami di ohbayu mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi2 di kawasan Permatang Pasir.

(TERKINI) Pilihanraya Kecil DUN permatang pasir

Wednesday, August 5th, 2009

Mohd Hamdan Abd. Rahman

Kini giliran permatang pasir pula akan mengadakan pengundian kecil setelah penyadang adun permatang pasir Mohd Hamdan Abd. Rahman dari parti pas, disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Jumaat 31 Julai 2009.

Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, yg disandang oleh Mohd Hamdan Abd. Rahman 63 dari PAS, sebagai ADUN sejak 1999.

Pada pilihan raya umum ke-12 yg lalu, Mohd Hamdan Abd. Rahman telah berjaya menewaskan calon dari BN iaitu Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. pengundi memilih Mohd Hamdan Abd. Rahman dari pas ini adalah kerana sikap yg sentiasa berjiwa rakyat dan sentiasa mendampingi hati rakyat. Kami ucapakan Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Hamdan Abd. Rahman semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman – Amin.